Monday 19 June 2017

Sejarah: Bob Lokman

BIODATA
NAMA : Mohd Hakim Lokman
ASAL : Kubang Krian, Kelantan
LAHIR 1964
PENDIDIKAN Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad, Kajang, Selangor
KERJAYA : Pengurus kumpulan Wings (1986-89), Pengurus Hattan (1990), Pembantu peribadi M. Nasir (1991), Pengurus Ramli Sarip (1992), Pengurus kumpulan Teacher's Pet (1994); Pencipta lagu & Penulis senikata; Pelakon & Pengacara
KELUARGA Berkahwin dan dikurniakan cahaya mata Muhamad Adam (1993), Omar Hakim (1994) & Ahmad Sufian (1995); Berkahwin dengan Relawati Daud dan dikurniakan cahaya mata Muhamad Irham (2006)
ANUGERAH Penulis Lirik Terbaik, lagu Isabella persembahan Search, Anugerah Juara Lagu TV3 (1989)

Bob Lokman atau 'Mohd Hakim Lokman' merupakan pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal di Malaysia dan kini penceramah agama dan politik di pentas PAS. .Namanya melonjak naik selepas lagu 'Isabella' nyanyian Amy Search meletup.
Bob Lokman berasal dari Kelantan dan cicit ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali.Bapa saudaranya Wardi Ahmad pernah menjadi ADUN Lundang.

PENDIDIKAN

Beliau sekerat jalan belajar di SMKA Maahad Hamidiah,Kajang,Selangor.Beliau adalah ambilan pertama sekolah itu pada 1977. Semasa di sekolah,bakat beliau menyerlah dalam sesi bahas dan pernah menjadi pembahas terbahas sekolah agama kerajaan negeri Selangor itu.Pada 1981 ketika di tingkatan lima, dia dibuang asrama dan sekolah .Selepas itu bersekolah swasta di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Pengalaman beliau semasa di sekolah ditulis dalam buku 'Aku, Isabella dan Tok Kenali'. Buku Travelong Hidayah ini diterbitkan oleh Jundi Resources.

JOIN PAS

Pada 19 Februari 2011, Bob Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.Borang keahlian PAS diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Kedah / Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.Tindakannya itu memberi inspirasi baru kepada PAS dan 'dipentaskan' ke seluruh negara termasuk dalam Pilihan raya kecil Merlimau di Melaka.

DITAHAN KERANA BERCERAMAH

Pada 10 Oktober 2011, Bob Lokman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberi ceramah tanpa permit. Larangan mengajar atau berceramah tanpa tauliah ini telah termaktub dalam enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 seksyen 14. Kesalahan berceramah tanpa tauliah bukanlah perkara baru kerana ahli politik seperti Abdul Khalid Samad dari PKR juga tidak disambung permit ceramah dan berhadapan perbicaraan di Kapar. Jais juga pernah menahan bekas Mufti Perlis, Professor Madya Dr. Asri Zainul Abidin. Permohonan tauliah boleh dibuat melalui JAIS,melalui empat kategori.
Ceramah itu disampaikan selepas Solat Maghrib di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat. Seramai 70 jemaah masjid ketika itu. Beliau ditahan dan dibawa ke Balai Polis Batu 18 Hulu Langat dan menghadiri siasatan di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat pada keesokannya. Pengarah Jais Marzuki Hussin mengesahkan Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. Beliau tidak mempunyai tauliah dan tidak pernah memohon tauliah daripada JAIS Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam. Beliau mempersoalkan mengapa Jais menahan beliau setelah bertaubat dan mendekati Allah. Sedangkan dahulu dia bergelumang dalam arus keduniaan dalam dunia hiburan.
Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan dimaklumkan bahawa penganjur majlis ceramah turut diminta memberi keterangan.


CIPTA LAGU & LIRIK

Taman Rashidah Utama (1988 / Wings - Hukum Karma)
Fotostat (1988 / Wings - Hukum Karma)
Purnama (1989 / Search - Fenomena)
Warisan Wanita Terakhir (1994 / Teacher's Pet - Eh... Keras Tu!)
Malas (1994 / Teacher's Pet - Eh... Keras Tu!)

PENCIPTA LAGU
Songsang (1989 / Search - Fenomena)
Dakapkan Ku Ke Syurga (1994 / Teacher's Pet - Eh... Keras Tu!)

TULIS LIRIK
Inspirasi Taming Sari (1987 / Wings - Belenggu Irama)
Intan Ku Kesepian (1987 / Wings - Belenggu Irama)
Belenggu Irama (1987 / Wings - Belenggu Irama)
Sekeping Kertas Bermaruah (1987 / Wings - Belenggu Irama)
Dari Tuhan (1987 / Wings - Belenggu Irama)
Jerangkap Samar (1988 / Wings - Hukum Karma)
Orang Kita (1988 / Wings - Hukum Karma)
Isabella (1989 / Search - Fenomena)
Memandu Nafsu (1990 / Search - Karisma)
Teguh (1990 / Search - Karisma)
Orait Mama (1990 / Search - Karisma)
Kasih (1990 / Ella - Identiti)
R 'N' R Lu Punya Suka (1991 / Wings - Jerangkung Dalam Almari)
Akhirnya (1992 / Search - Double Trouble)
Ikutkan Saja (1992 / Search & Wings - Double Trouble)
Kuburkan Aku (1993 / Wings - Bazooka Penaka)
Rock 'N' Roll Band (1993 / Wings - Bazooka Penaka)
Tangisan Marhain (1993 / Wings - Bazooka Penaka)
Puisi Merdeka (1993 / Wings - Bazooka Penaka)
Padang Lalang (M.nasir - Solo)
Falsafah Cinta (M.nasir - Solo)
Di Jalan Sesat (1992/ M. Nasir - Saudagar Mimpi)
Ibukota Cinta (Def Gab C - Citarasa)

UNGKAPAN KATA

"Apabila saya menulis lagu Ibukota Cinta, saya menceritakan keadaan ibukota yang menyesakkan. Saya tidak sangka satu hari nanti, penyanyinya akan menyesakkan saya. Penampilan awak mengerikan dan saya rasa awak overdo" - Bob Lokman mengkritik Lotter, peserta Akademi Fantasia (2006)

"Saya belajar menjadi pengurus artis daripada buku sahaja. Saya baca cara pengurus kumpulan Led Zeppelin melakukan tugasnya. Bila nak tulis lagu, saya tengok dan bertanya pada M. Nasir dan Usop Kopratasa. Begitu juga bila nak anjur persembahan pentas saya belajar daripada Ali Bakar" - Bob Lokman (Utusan Malaysia, 6 Julai 2006)


terima kasih